Google Analytic

Showing posts with label IMD PTAR. Show all posts
Showing posts with label IMD PTAR. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21



Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 
Tarikh 23 - 25 Mei 2017
Tempat:Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan





PENGENALAN 
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 merupakan salah satu aktiviti bagi program kemasyarakatan yang dikenali sebagai Ilmu Mengubah Destini (IMD).

Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah disamping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bagi tahun 2017.


OBJEKTIF
       Memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran pusat sumber sekolah yang cemerlang menjurus abad ke-21.
       Pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dan media sosial dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran pusat sumber sekolah.
       Pentadbiran dan pengurusan pusat sumber sekolah dilaksanakan dengan cara yang profesional berdasarkan piawaian-piawaian sebenar.
       Menjadikan pusat sumber sekolah pusat ilmu sebenar dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik. 
       Membolehkan guru pusat sumber sekolah mendapat pendedahan dan dapat memahirkan diri dalam mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan.



Tuesday, April 21, 2015

Program Galakan Membaca Sempena Program IMD PTAR 2015



PROGRAM GALAKAN MEMBACA
SEMPENA PROGRAM IMD PTAR 2015

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda seperti InfoHunt, Build A Bridge, Around the World in 1 Day, Spelling Bee & Word Treasure. Lihat jadual dibawah untuk melihat kedudukan tempat untuk setiap aktiviti ini berlangsung.

Jom beraktiviti!






Friday, April 10, 2015

Program Ilmu Mengubah Destini PTAR 2015 Kedah: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan




Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah Sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 10 - 11 April 2015
Tempat : Swiss In Hotel, Sg. Petani, Kedah.
Anjuran : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Negeri Kedah
Peserta : 50 orang Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah.

Objektif utama bengkel ini adalah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para guru berkaitan proses pengkelasan dan pengkatalogan bahan pusat sumber sekolah. Bengkel selama 2 hari ini akan dirasmikan oleh En. Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM) pada 10 April 2015.




Monday, July 8, 2013

Video: IMD Bengkel Guru, Pulau Pinang



Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang menyokong kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.


sumber: Youtube



Friday, March 4, 2011

IMD PTAR: Motivasi buat pelajar desa, miskin @ Pasir Gudang




PASIR GUDANG – Program Ilmu Mengubah Destini kali kedua diadakan merupakan anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bersama Perpustakaan UiTM Kampus Segamat, Kementerian Pengajian Tinggi dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sehingga kini UiTM berusaha menganjurkan program untuk merapatkan hubungan warganya dengan masyarakat luar. 

Menurutnya, program itu adalah peluang kedua dan sebagai motivasi kepada anak-anak desa serta miskin yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi agar berpeluang membela nasib diri dan keluarga. 

“Program Ilmu Mengubah Destini menekankan tentang penghayatan ilmu melalui pemerkasaan pusat sumber yang diharapkan dapat membantu menzahirkan modal insan yang berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. 

“Tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya meningkatkan kemahiran di dalam memperoleh, menilai dan menggunakan maklumat bagi peningkatan taraf ekonomi dan kehidupan masyarakat di Pasir Gudang,” katanya pada majlis kemuncak Program Ilmu Mengubah Destini 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, di sini, semalam. 

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu penghargaan buat sekolah apabila pihak UiTM memperuntukkan sebanyak RM165,000 untuk membantu membangunkan pusat sumber sekolah di Pasir Gudang. 

Menurutnya, banyak sektor program yang dipilih institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membangunkan pelbagai idea untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat. 

“UiTM melaksanakan Program Ilmu Mengubah Destini, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjurus ke arah program kemiskinan dan Universiti Sains Malaysia (USM) lebih kepada kelestarian yang memberi faedah kepada sekolah dan pelajar. 

“Saya percaya setiap IPT memilih sektor program masing-masing yang bermatlamat untuk mendekati masyarakat luar terutama di kawasan luar bandar,” katanya. 

Beliau turut memuji usaha Bank Rakyat menyampaikan zakat kepada 19 Masjid dan Surau dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang pada majlis yang berlangsung, semalam. 

Majlis turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada seramai 26 pelajar PMR dan 22 pelajar SPM SMK Pasir Gudang cemerlang tahun lalu.







IMD PTAR 2011: SMK PASIR GUDANG



Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang menyokong kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah sempena Program Ilmu Mengubah Destini 2011 ini akan diadakan di SMK Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad bersamaan dengan 3 April 2011. Majlis Perasmian ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin.





Friday, June 25, 2010

IMD PTAR: SMK JENGKA 24, PAHANG




Program Ilmu Mengubah Destini merupakan aspirasi Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Program ini berperanan untuk memperkukuhkan peranan UiTM dalam memperkasakan pendidikan tinggi anak Bumiputera, selain melebar laluan untuk mereka mencapai kehidupan cemerlang dan terjamin. Aspirasi besar Dato' Naib Canselor adalah untuk mendidik anak bangsa dan melahirkan lebih ramai bilangan profesional Bumiputera di masa hadapan. 

Bagi aktiviti Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Sekolah Menengah Felda, Pusat Sumber Sekolah dilihat memainkan peranan yang penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pusat Sumber ini juga diharap dapat membantu dalam mencetus dan menjana minda pelajar-pelajar generasi Felda khususnya untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Pusat Sumber sekolah perlu memastikan mempelbagai media dan nilai keilmuan disediakan di dalam Pusat Sumber bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif bagi melahirkan generasi Felda yang bermaklumat dan menjadi penyumbang kepada kemajuan bangsa dan negara.

Pengurusan Pusat Sumber yang berkesan dan cemerlang ini perlu diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan prasarana dari segi koleksi, perkakasan (termasuk ICT) dan perisian supaya dapat memberikan impak yang maksimum dan mendalam kepada pelajar dan para guru. 

Aktiviti ini adalah anjuran PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) UiTM Malaysia, Shah Alam bersama UiTM Pahang Kampus Jengka, Kampus Khazanah Alam dengan kerjasama dan bantuan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Haron Wee Ah Boo (Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM Malaysia) pada 24 Jun 2010 jam 11.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Jengka 24.


sumber: JPM PTAR Blog