Home »
bengkel
,
bengkel pengurusan
,
bppss
,
BTPNMelaka
,
CSR
,
CSR PTAR
,
IMD
,
IMD PTAR
,
IR40
,
Melaka
,
Pusat Sumber Sekolah
,
UiTM Melaka
» Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka
Melaka, 28 Mac - Telah berlangsung Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan
Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB
Datuk Hj. Md. Rawi Bin Mahmud, Timbalan
EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi
Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris
bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.
Bengkel ini dianjurkan selama 4
hari bermula pada 27 Mac hingga 30 Mac 2018 sempena program CSR: Ilmu
Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018 anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Melaka bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka.
Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 114 orang cikgu dari
sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Melaka. Antara
objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan
pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang menjurus ke arah IR 4.0,
pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dalam memperolehi sumber
maklumat dalam persekitaran Pusat Sumber Sekolah dan menjadikan Pusat
Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus
dengan baik dan cemerlang.
Turut hadir sama meraikan majlis ialah YBrs.
Tuan Haji Mohd Rashid Hj Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
Melaka, YBrs. Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan, Perpustakaan
UiTM, YBrs. Tuan Haji Nor Hashim Haji Hassan, Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Zulkifli Hj
Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, UiTM (Pengerusi Bersama), YBrs.
Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM
Cawangan Melaka (Pengerusi Bersama) dan Dr Sharmila Mohamed Shuhidin,
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.


















video majlis perasmian
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/video-perasmian-bengkel-pengurusan.html
#bppssmelaka #imdptar #csrptar #uitm #libraryuitm #uitmmelaka #btpnmelaka #libraryUiTMCM
like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
Related Posts:
IMD PTAR: Motivasi buat pelajar desa, miskin @ Pasir Gudang
PASIR GUDANG – Program Ilmu Mengubah Destini kali kedua diadakan merupakan anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bersama Perpustakaan UiTM Kampus Segamat, Kementerian Pengajia… Read More
Video: IMD Bengkel Guru, Pulau Pinang
Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiv… Read More
IMD PTAR: SMK JENGKA 24, PAHANG
Program Ilmu Mengubah Destini merupakan aspirasi Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Program ini berperanan untuk memperkukuhkan peranan UiTM dalam memperkasakan pendidikan tinggi anak Bumi… Read More
IMD PTAR 2011: SMK PASIR GUDANG
Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu akti… Read More
Program Ilmu Mengubah Destini PTAR 2015 Kedah: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan
Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah Sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 10 - 11 April … Read More
0 comments:
Post a Comment