Perpustakaan akademik adalah sebuah organisasi penting dalam sesuatu universiti. Peranannya sebagai wadah untuk pengumpulan, penghasilan, perkongsian dan penyebaran ilmu perlu dilihat merangkumi bukan sahaja komuniti universiti di mana ia berada malah kemahiran yang ada perlu dikongsi bersama masyarakat di sekelilingnya.
Perpustakaan akademik boleh memainkan peranan berkongsi kepakaran dengan warga pendidikan rendah dan menengah untuk memantapkan pusat-pusat sumber sekolah yang dilihat sebagai asas penyubur minat dan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. Perkara ini perlu dipupuk sedari kecil demi untuk menjayakan dua dari tujuh teras di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperteguh penyelidikan dan inovasi.
Sekolah merupakan komponen penting yang memberikan kumpulan individu yang berpotensi menjadi pelajar universiti. Oleh itu, ada kewajarannya perpustakaan akademik menyusuri langkah membantu pengguna pusat sumber sekolah yang terdiri dari para remaja dan pengguna muda. Aktiviti membimbing dan menyokong keperluan pengguna pusat sumber ini dinamakan program khidmat masyarakat.
Taney (2003), menyatakan bahawa;
"The success of (...) libraries tomorrow may well lie in our ability today to serve young children, their families, and teens in a healthy, appropriately designed environment, one that introduces the library to new users, serves as a laboratory for experimentation and discovery about what the "future" library may offer, and presents an exciting opportunity for garnering financial support and political backing" (p.35)
Keadaan yang sama juga akan dialami oleh perpustakaan akademik kerana pelajar adalah terdiri dari kalangan remaja. Justeru itu, perpustakaan akademik juga wajar mencari ruang untuk mendampingi golongan remaja melalui aktiviti di luar kebiasaan perkhidmatan perpustakaan akademik. Aktiviti ini ialah program khidmat masyarakat.