17 Mei 2016, Kuala Nerus - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR : Ilmu Mengubah Destini PTAR 2016 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Terengganu. Majlis kemuncak bagi program tersebut yang telah diadakan pada 17 Mei 2016 dihadiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu; Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman dan Isteri Puan Hajah Halina Zakaria, Ketua Pustakawan UiTM; En. Noor Hidayat bin Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussain, Rektor UiTM Terengganu; Prof. Madya Dr. Abdol Samad bin Nawi & Guru-guru Besar Sekolah sekitar Negeri Terengganu.
Penganjuran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah di Terengganu, di samping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah. Untuk tahun ini, dua siri program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 akan dilaksanakan di Negeri Terengganu iaitu pada September 2016 di Besut.
Untuk membaca liputan media sila klik pada link tersebut:
0 comments:
Post a Comment