Google Analytic

Showing posts with label Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu. Show all posts

Friday, May 20, 2016

Perluas Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 Di Terengganu - MB Terengganu

17 Mei 2016, Kuala Nerus - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR : Ilmu Mengubah Destini PTAR 2016 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Terengganu. Majlis kemuncak bagi program tersebut yang telah diadakan pada 17 Mei 2016  dihadiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu; Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman dan Isteri Puan Hajah Halina Zakaria, Ketua Pustakawan UiTM; En. Noor Hidayat bin Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussain, Rektor UiTM Terengganu; Prof. Madya Dr. Abdol Samad bin Nawi & Guru-guru Besar Sekolah sekitar Negeri Terengganu.

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah di Terengganu, di samping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah. Untuk tahun ini, dua siri program CSR  : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 akan dilaksanakan di Negeri Terengganu iaitu pada September 2016 di Besut.




Untuk membaca liputan media sila klik pada link tersebut:

Thursday, May 19, 2016

Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 bermula 15 Mei 2016 hingga 17 Mei 2016 yang akan dirasmikan oleh YAB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir (STARS) Terengganu.

Program ini merupakan majlis kemuncak selepas penganjuran Bengkel Pengkatalogan Dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 18-20 April 2016 di Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan penyertaan seramai 100 orang guru Pusat Sumber Sekolah Menengah sekitar Negeri Terengganu.


Antara program yang akan dilangsungkan pada majlis kemuncak tersebut termasuklah Program Transformasi Pusat Sumber Sekolah, Program Galakan Membaca, pameran dan ceramah motivasi.