1. Bengkel Pengurusan Pusat Sumber
Kaedah pendekatan yang pertama ialah melalui Bengkel Pengurusan Pusat Sumber. Bengkel ini merupakan satu wadah untuk perkongsian pengetahuan antara UiTM dan pihak sekolah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para guru dalam menguruskan pusat sumber sekolah.
Penqisian bengkel adalah berupa tunjuk ajar penqkataloqan dan pengkelasan bahan, ceramah motivasi kepada guru, dan panduan perlaksanaan program promosi di pusat sumber sekolah. Sepanjang penganjuran bengkel dari tahun 1999 sehingga tahun 2013, seramai 1600 orang
Guru Penyelaras Pusat Sumber dan Media dari 1050 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia telah menghadirinya. Penganjur utama kepada 16 siri bengkel ini adalah PTAR UiTM Shah Alam dan Perpustakaan-Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. 'Library Makeover'
Kaedah pendekatan yang seterusnya adalah untuk memperkenalkan transformasi ruang pusat sumber ke arah yang lebih menarik, ceria, dinamik dan selaras dengan perkembangan terbaru dunia perpustakaan. Usaha-usaha melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal perpustakaan telah dilaksanakan melalui kerja-kerja mengecat ruang dalaman dan luaran Pusat Sumber, mengganti dan menyusun atur perabot dan kelengkapan serta pemasangan peralatan ICT.
Pasukan Library Makeover' terdiri dari staf PTAR yang bertungkus-lumus selama beberapa hari memberikan segala idea untuk menceriakan ruang Perpustakaan agar pelajar sekolah dapat menggunakan pusat sumber dengan lebih optima.
3. Pemilihan pusat sumber terbaik
Kaedah pendekatan pemilihan pusat sumber terbaik pula dilaksanakan melalui penilaian berlandaskan kriteria yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Panel audit yang terdiri dari pustakawan UiTM telah mengunjungi sekolah-sekolah yang dicalonkan, membuat penilaian berasaskan temubual, semakan dokumen dan pemerhatian serta mencadangkan pemenang-pemenang.
Selain dari dapat berkenalan dengan para guru yang dipertanggungjawabkan, panel pelawat juga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam hal pengurusan pusat sumber sekolah.
4. Ceramah motivasi (Tazkirah)
Kaedah pendekatan yang seterusnya ialah dengan menganjurkan program ceramah yang dilaksanakan oleh pustakawan PTAR dan pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan motivasi di kalangan para pelajar, mempromosikan Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM dan untuk mendedahkan para pelajar dengan teknik belajaryang betul.
5. Pameran dan kuiz
Kaedah pendekatan yang seterusnya iaitu kuiz dan pameran lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti pusat sumber demi untuk menjelaskan lagi fungsi pusat sumber berkenaan. Rajahl: Peta Minda Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR menunjukkan contoh bagaimana perlaksanaan Program Khidmat Masyarakat PTAR dirancang dan dilaksanakan peringkat demi peringkat sehingga kesemua komponen yang dirancangkan dapat disiapkan mengikut waktu yang terhad.