Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tun Abdul UiTM Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka merupakan salah satu usaha untuk mentransformasikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah Menengah ke arah mewujudkan Pusat Sumber yang berprestasi tinggi demi menyokong Pembelajaran STEM dan IR 4.0
Program Kemuncak CSR: IMD PTAR bagi tahun 2018 :
Tarikh : 18 Oktober 2018
Tempat : SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Melimau, Melaka
Objektif Program
i.Mentransformasikan pusat sumber sekolah dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal Pusat Sumber Sekolah selari dengan era digital dan IR 4.0
ii.Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif.
iii.Meningkatkan kemahiran di dalam memperolehi, menilai dan menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).
iv.Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.
Program ini seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan - Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.
#csrptar #uitm #ptaruitm #imdptar #imdmelaka
like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm