Google Analytic

Latar Belakang IMD


Pengenalan
Seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan - Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komponen IMD adalah terdiri daripada;


a) Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah
Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para guru berkaitan proses pengkelasan dan pengkatalogan bahan pusat sumber Sekolah menggunakan Sistem Pengkelasan Dewey Decimal. Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan dibantu oleh Pustakawan UiTM sebagai Fasilitator.

b) Library Make-over
Memperkenalkan transformasi ruang pusat sumber sekolah  ke arah yang lebih menarik, ceria, dinamik dan selaras dengan perkembangan terkini dunia perpustakaan. Usaha melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal perpustakaan telah dilaksanakan melalui kerja-kerja mengecat ruang dalaman dan luaran Pusat Sumber iaitu dengan mengganti dan menyusun atur perabot dan kelengkapan serta pemasangan peralatan ICT.

c) Program Galakan Membaca
Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk dan menanam minat membaca dan cintakan ilmu di kalangan pelajar.

d) Ceramah Motivasi
Memberikan pendedahan teknik belajar yang betul dan meningkatkan motivasi pelajar akan kepentingan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran serta laluan kerjaya yang boleh diperolehi.

e) Pameran
Mempamerkan maklumat dan Sejarah Perjalanan Program Ilmu Mengubah Destini PTAR yang telah dilaksanakan serta mempromosikan Program dah Kursus yang ditawarkan di UiTM melalui kerjasama dengan Misi Akademik UiTM Kampus Negeri dengan memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar  berkenaan PTAR dan   Mengubah Destini Anak Bangsa

f) Majlis Kemuncak dan Perasmian Program IMD serta Pusat Sumber Sekolah
Merupakan acara kemuncak bagi merasmikan program IMD dan Pusat Sumber Sekolah serta memberi penghargaan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan keseluruhan aktiviti yang diadakan mencapai objektifnya