Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 bermula 15 Mei 2016 hingga 17 Mei 2016 yang akan dirasmikan oleh YAB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir (STARS) Terengganu.
Program ini merupakan majlis kemuncak selepas penganjuran Bengkel Pengkatalogan Dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 18-20 April 2016 di Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan penyertaan seramai 100 orang guru Pusat Sumber Sekolah Menengah sekitar Negeri Terengganu.
Antara program yang akan dilangsungkan pada majlis kemuncak tersebut termasuklah Program Transformasi Pusat Sumber Sekolah, Program Galakan Membaca, pameran dan ceramah motivasi.
Thursday, May 19, 2016
Home »
2016
,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
,
Ilmu Mengubah Destini
,
IMD
,
IMDPTAR
,
MDAB
,
Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu
» Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016
Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016
Related Posts:
Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013 Pada 4-6 Julai 2013, satu Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013 sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) telah berlangsung di Hydro Hotel, Pualu… Read More
Majlis Kemuncak Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2017 Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelan… Read More
Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Negeri TerengganuBENGKEL PENGKATALOGAN & PENGKELASAN GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU SEMPENA PROGRAM CSR : ILMU MENGUBAH DESTINI (IMD) PTAR 2016 … Read More
Sekitar majlis perasmian program CSR: IMD SMK Machang Kelantan Sekitar majlis perasmian Majlis Kemuncak Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR , Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam yang dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahm… Read More
Perluas Program CSR : Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2016 Di Terengganu - MB Terengganu 17 Mei 2016, Kuala Nerus - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program CSR : I… Read More
0 comments:
Post a Comment