Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) merupakan salah satu usaha untuk mentransformasikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah Menengah ke arah mewujudkan Pusat Sumber yang berprestasi tinggi demi menyokong Pembelajaran Abad ke-21.
Program Kemuncak CSR: IMD PTAR bagi tahun 2017 :
Tarikh : 29 Oktober 2017
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Kelantan
Objektif Program
i.Mentransformasikan pusat sumber sekolah dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal Pusat Sumber Sekolah selari dengan era digital dan ICT abad ke-21.
ii.Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif.
iii.Meningkatkan kemahiran di dalam memperolehi, menilai dan menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).
iv.Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.
Program ini seiring dengan aspirasi Universiti Teknologi MARA untuk meningkatkan taraf pendidikan bumiputera melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Gerakan Program Khidmat Masyarakat PTAR telah dijenamakan semula sebagai Program llmu Mengubah Destini (IMD) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama dengan Perpustakaan - Perpustakaan UiTM Kampus Negeri dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komponen IMD adalah terdiri daripada;
a) Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para guru berkaitan Pengurusan Perpustakaan Abda 21 dan proses pengkelasan dan pengkatalogan bahan pusat sumber Sekolah menggunakan Sistem Online. Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan dibantu oleh Pustakawan UiTM sebagai Fasilitator.
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 telah berlangsung pada 23 - 25 Mei 2017 di Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan dengan diertai oleh guru-guru Pusat Sumber Sekolah Menengah sekitar Negeri Kelntan
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2017/05/majlis-perasmian-bengkel-pengurusan.html
b) Library Make-over
Memperkenalkan transformasi ruang pusat sumber sekolah ke arah yang lebih menarik, ceria, dinamik dan selaras dengan perkembangan terkini dunia perpustakaan. Usaha melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal perpustakaan telah dilaksanakan melalui kerja-kerja mengecat ruang dalaman dan luaran Pusat Sumber iaitu dengan mengganti dan menyusun atur perabot dan kelengkapan serta pemasangan peralatan ICT.
Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk dan menanam minat membaca dan cintakan ilmu di kalangan pelajar.
d) Ceramah Motivasi
Memberikan pendedahan teknik belajar yang betul dan meningkatkan motivasi pelajar akan kepentingan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran serta laluan kerjaya yang boleh diperolehi.
e) Pameran
Mempamerkan maklumat dan Sejarah Perjalanan Program Ilmu Mengubah Destini PTAR yang telah dilaksanakan serta mempromosikan Program dah Kursus yang ditawarkan di UiTM melalui kerjasama dengan Misi Akademik UiTM Kampus Negeri dengan memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar berkenaan PTAR dan Mengubah Destini Anak Bangsa
f) Majlis Kemuncak dan Perasmian Program IMD serta Pusat Sumber Sekolah
Merupakan acara kemuncak bagi merasmikan program IMD dan Pusat Sumber Sekolah serta memberi penghargaan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan keseluruhan aktiviti yang diadakan mencapai objektifnya.
Foto lain sekitar majlis Persamian boleh rujuk https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2017/10/sekitar-majlis-perasmian-program-csr.html
#csrptar #uitm #ptaruitm #imdptar #imdKelantan
like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitmhttps://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
0 comments:
Post a Comment