BENGKEL PENGKATALOGAN & PENGKELASAN GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU SEMPENA PROGRAM CSR : ILMU MENGUBAH DESTINI (IMD) PTAR 2016
Thursday, April 28, 2016
Tuesday, April 21, 2015
Program Galakan Membaca Sempena Program IMD PTAR 2015
By Perpustakaan UiTM Tuesday, April 21, 2015
2015, CSR, CSR PTAR, IMD, IMD PTAR, kedah, poster, program No comments
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
SEMPENA PROGRAM IMD PTAR 2015
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda seperti InfoHunt, Build A Bridge, Around the World in 1 Day, Spelling Bee & Word Treasure. Lihat jadual dibawah untuk melihat kedudukan tempat untuk setiap aktiviti ini berlangsung.
Jom beraktiviti!
Monday, April 13, 2015
Sekitar Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling. Dirasmikan oleh Encik Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM) @ Hotel Swiss Inn, Sg.Petani, Kedah
By Perpustakaan UiTM Monday, April 13, 2015
bengkel, bengkel pengurusan, bppss, IMD PTAR, Pusat Sumber Sekolah, UiTM Kedah No comments
Friday, April 10, 2015
Program Ilmu Mengubah Destini PTAR 2015 Kedah: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan
By Perpustakaan UiTM Friday, April 10, 2015
bengkel, bengkel pengurusan, bppss, CSR, CSR PTAR, IMD, IMD PTAR, kedah, pengkatalogan, Pusat Sumber Sekolah No comments
Tarikh : 10 - 11 April 2015
Tempat : Swiss In Hotel, Sg. Petani, Kedah.
Anjuran : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Negeri Kedah
Peserta : 50 orang Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah.
Objektif utama bengkel ini adalah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para guru berkaitan proses pengkelasan dan pengkatalogan bahan pusat sumber sekolah. Bengkel selama 2 hari ini akan dirasmikan oleh En. Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM) pada 10 April 2015.
Wednesday, July 10, 2013
Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013
By Perpustakaan UiTM Wednesday, July 10, 2013
bengkel, Bengkel Pengkatalogan, bengkel pengurusan, bppss, Ilmu Mengubah Destini, IMD, Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, Pusat Sumber Sekolah No comments
Pada 4-6 Julai 2013, satu Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013 sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) telah berlangsung di Hydro Hotel, Pualu Pinang. Bengkel ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Kampus Pulau Pinang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang. Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut:
- Mentadbir dan mengurus Pusat sumber sesuai dengan keperluan kurikulum sekolah dengan lebih efektif lagi.· Pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ada.
- Meningkatkan keupayaan merancang aktiviti-aktiviti dan program di Pusat sumber sekolah dengan berkesan dan berfaedah kepada warga sekolah.
- Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber menghidupkan suasana Pusat Sumber bagi menarik perhatian semua pengguna dan untuk melaksanakan proses pengajaran di sekolah.
- Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber memproses bahan pusat sumber seperti mengkatalog dan mengkelas.
Berikut disertakan gambar-gambar sekitar pengisian bengkel 3 hari tersebut di https://www.facebook.com/media/set/set=a.297137210433145.1073741829.101617146651820&type=1