Google Analytic

Friday, April 10, 2015

Program Ilmu Mengubah Destini PTAR 2015 Kedah: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan




Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah Sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 10 - 11 April 2015
Tempat : Swiss In Hotel, Sg. Petani, Kedah.
Anjuran : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Negeri Kedah
Peserta : 50 orang Guru Pusat Sumber Sekolah Daerah Baling, Kedah.

Objektif utama bengkel ini adalah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para guru berkaitan proses pengkelasan dan pengkatalogan bahan pusat sumber sekolah. Bengkel selama 2 hari ini akan dirasmikan oleh En. Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM) pada 10 April 2015.




Wednesday, July 10, 2013

Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013

Pada 4-6 Julai 2013, satu Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013 sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) telah berlangsung di Hydro Hotel, Pualu Pinang. Bengkel ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Kampus Pulau Pinang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang. Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut:

  • Mentadbir dan mengurus Pusat sumber sesuai dengan keperluan kurikulum sekolah dengan lebih efektif lagi.· Pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ada.
  • Meningkatkan keupayaan merancang aktiviti-aktiviti dan program di Pusat sumber sekolah dengan berkesan dan berfaedah kepada warga sekolah.
  • Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber menghidupkan suasana Pusat Sumber bagi menarik perhatian semua pengguna dan untuk melaksanakan proses pengajaran di sekolah.
  • Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber memproses bahan pusat sumber seperti mengkatalog dan mengkelas. 
Laporan bengkel tersebut juga boleh didapati di akhbar Kosmo! Kosmo! Online - Komuniti Kita

Berikut disertakan gambar-gambar sekitar pengisian bengkel 3 hari tersebut di https://www.facebook.com/media/set/set=a.297137210433145.1073741829.101617146651820&type=1











Monday, July 8, 2013

Video: IMD Bengkel Guru, Pulau Pinang



Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang menyokong kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.


sumber: Youtube



Friday, March 4, 2011

IMD PTAR: Motivasi buat pelajar desa, miskin @ Pasir Gudang




PASIR GUDANG – Program Ilmu Mengubah Destini kali kedua diadakan merupakan anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bersama Perpustakaan UiTM Kampus Segamat, Kementerian Pengajian Tinggi dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sehingga kini UiTM berusaha menganjurkan program untuk merapatkan hubungan warganya dengan masyarakat luar. 

Menurutnya, program itu adalah peluang kedua dan sebagai motivasi kepada anak-anak desa serta miskin yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi agar berpeluang membela nasib diri dan keluarga. 

“Program Ilmu Mengubah Destini menekankan tentang penghayatan ilmu melalui pemerkasaan pusat sumber yang diharapkan dapat membantu menzahirkan modal insan yang berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. 

“Tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya meningkatkan kemahiran di dalam memperoleh, menilai dan menggunakan maklumat bagi peningkatan taraf ekonomi dan kehidupan masyarakat di Pasir Gudang,” katanya pada majlis kemuncak Program Ilmu Mengubah Destini 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, di sini, semalam. 

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu penghargaan buat sekolah apabila pihak UiTM memperuntukkan sebanyak RM165,000 untuk membantu membangunkan pusat sumber sekolah di Pasir Gudang. 

Menurutnya, banyak sektor program yang dipilih institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membangunkan pelbagai idea untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat. 

“UiTM melaksanakan Program Ilmu Mengubah Destini, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjurus ke arah program kemiskinan dan Universiti Sains Malaysia (USM) lebih kepada kelestarian yang memberi faedah kepada sekolah dan pelajar. 

“Saya percaya setiap IPT memilih sektor program masing-masing yang bermatlamat untuk mendekati masyarakat luar terutama di kawasan luar bandar,” katanya. 

Beliau turut memuji usaha Bank Rakyat menyampaikan zakat kepada 19 Masjid dan Surau dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang pada majlis yang berlangsung, semalam. 

Majlis turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada seramai 26 pelajar PMR dan 22 pelajar SPM SMK Pasir Gudang cemerlang tahun lalu.







IMD PTAR 2011: SMK PASIR GUDANG



Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang menyokong kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah sempena Program Ilmu Mengubah Destini 2011 ini akan diadakan di SMK Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad bersamaan dengan 3 April 2011. Majlis Perasmian ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin.